Wednesday, July 2, 2014

Fancypants #3

Fancypants VS Yukail..
hehe.. Yukail is my little fancypants. Mr Fancypants is a whole different person. But both are lovable! 👼

Tuesday, June 17, 2014

Fancypants #2

Ada sebab kenapa aku panggil dia fancypants.

Seluar dia mmg "fancy"
Mana ade org lain yg pakai seluar corak kotak2 and still looks good with it? Mana ada? Mana ada!

So this other guy yang Dr. M perkenalkan kat aku whatsapp aku tengahari tadi.
Niat kawan2 aku pun balas la beb. Cam malu lak kalo buat bodoh je, macam rude and arrogant plak kan. So he's nice. Cuma pastu dia da tak mesej da ngn aku. Maybe dia realise sape la aku ni. Hitam, pendek, gemuk, dan tak menarik langsung. Haha.

It's okay. I still have fancypants. Though it's just a crush, it doesn't hurt at all.

Friday, May 2, 2014

Mr Fancypants

Mr fancypants, seriously berbangga la sebab ni nickname paling "fancy" yg aku penah bagi kat org.

Friday, December 13, 2013

Allah said, "Speak to people nicely,"


Dah lama tak dengar petikan ceramah Ustadh Nouman Ali Khan.

Dalam video ni beliau menceritakan, mengupas, meng'highlight'kan problem dan memberikan solusi untuk kita dalam perihal menegur kesalahan orang lain. Ini sangat penting terutama untuk memupuk rasa cinta dalam Islam khusus untuk golongan anak muda.

"One of the worse quality of a community that claims to be a believer/Muslims community is that they are judgmental and harsh and backstabbing towards each other,"

Allah included in the fundamentals of Deen, "Wa kulu linnasi husnan," which means "Speak to people nicely,"

Dalam petikan ceramah ini, beliau menyentuh tentang Nabi Nuh yang tidak pernah cuci tangan yang tidak pernah putus-putus menasihati kaumnya malah anaknya sendiri beratus-ratus tahun untuk menyembah Allah. Allah.

Ada betulnya apabila Ustadh Nouman mengatakan, di abad ini, semakin 'religious' (beragama) seseorang itu, dia akan tampil lebih garang, susah didekati dan susah untuk diajak berbicara/berbual.
Tapi saya setuju tak semua agamawan begitu. Segelintir kecil sahaja, apatah lagi di Amerika sana dimana majoriti nya bukan beragama Islam. That's why Uztadh Nouman kongsi cara yang terbaik untuk membuat anak-anak muda yang sudah beragama Islam untuk tidak mudah melatah dan mahu mengamalkan hidup cara Islam sehingga ajal mati mereka. Bukan putus tengah jalan kerana hampa dek perbuatan "orang lama" dalam Islam.

Wah, mendalam.
Jadi jangan sampai kita tergolong sama dalam orang-orang yang mudah melabel orang dan terlalu kasar dalam menegur seseorang. Amiiiin. :)

Jangan sampai orang berputus asa dalam beramal ibadah. Sudah lazimnya sifat anak adam untuk membuat dosa dan yang paling baik antara kamu sekalian ialah orang yang bertaubat.

Gossips @ Mengumpat. ooopss. xoxo


Aku bukan sempurna. Bukan aku tak pernah bergosip atau mengumpat. Tapi ini lebih pada peringatan untuk diriku dan orang lain (terutama diriku) dari terus melakukan perbuatan yang merosak amal ini.

Mari kurangkan bergosip.
Mari kurangkan mengumpat.

Nota lama zaman di centre of foundation studies IIUM menyebut hal mengumpat/ backbitting sebagai;


Backbiting consist an individual's saying anything of another that likely to hurt his feelings, even if what is said is entirely true..

and;

Backbiting is not limited to speech only, it includes making one aware of another's imperfection by any means whether speech, writing, imitation, indication by hands, eyebrows etc.

So be alert, kadang-kadang apabila kita rasa kawan kita start nak mengumpat orang tu, tukar tajuk or do something to make it stop. (but don't do it too obviously laa) Kadang-kadang kalo dengan adik, 

"eyyy tak baikla mengumpat dia,"
"aku tak mengumpat, aku cakap je..." 
"sama la tu.. eee.. stop-stop.. tak nak cakap pasal dia.. penat2 kita beramal, nanti kat akhirat alih-alih dia datang kat kita kaut semua pahala amalan kita sebab kita pernah mengumpat dia,"
"pffft.. menyampah,"

tuuu kalo cakap ngan adik. haha. Kadang-kadang kita yang nak ter-mengumpat, so adik pulak yang tegur. Alhamdulillah, sama-sama mengingatkan. :') *Iqa, kakyan sayang kamooo*

Talking about backbiting @ mengumpat ni. Paling perit sekali apabila kita dapat tahu apa yang orang cakap pasal kita. Nangis, guling-guling, tahan nangis, nangis lagi, guling-guling lagi. *Cit, perasan havoc sampai ada orang nak mengumpat dia, ada ke orang nak mengumpat pasal ko lyanna oi, membazir ayak tekak diorang je tawu*

Tapi hang kena ingat Lyanna, kadang-kadang apa yang orang lain sampaikan pada hang, half of the things they said are not true. Ataupun maybe mereka salah faham dengan apa yang mereka mula-mula dengar. Ataupun ko je yang senang sangat sentap dengan apa yang diperkata.

So, first sekali benda yang kau kena buat bila dengar orang lain cakap benda buruk tentang kau ialah Istirjak, kembalikan pada Allah. Istirgfar. Minta ampun pada Allah. Perbaiki amal, tinggalkan yang buruk-buruk tu. Kalau mampu untuk minta maaf pada yang tersinggung, silakan. Faham lyanna?

"Pergh part yg kalau-mampu-untuk-minta-maaf-pada-yang-tersinggung tu susah la nak buat,"

Ya, sebab tu lah syaitan selalu menang. Manusia rugi di akhirat walaupun datang dengan beramal tetapi suka menyakiti hati orang lain lalu amalan-amalannya rosak. Nak jadi macam tu? Nak?

Tak nak. (T___T)

Background music;
Winter Love OST When the winter blows





I'm sick of this.

How can you build a new life when you were raised in a broken one? :'(

Thursday, December 5, 2013

Pull them into your peace

Don’t let people pull you into their #storms.Pull them into your #peace.
لا تجعل الناس تجذبك الى عواصفهم ....اجذبهم انت الى سكينتك



-via Words

Tuesday, November 26, 2013

KFC to celebrate and commerate Hajar's 3A in UPSR

November 24, 2013.

That morning, ayah ajak kitorang semua celebrate kejayaan Siti Hajar dalam UPSR. 3A's! So pagi tu, liat-liat bangun sebab hari Ahad, siap-siap, mama prepare breakfast sekali buat alas perut. So off we go to Stulang laut JB cause ayah plan untuk mandi-manda sekali.

And of course aku tak mandi, sebab tak suka laut kat Stulang tu. ;p

Itu aku. Dengan along anak makteh. Kat Stulang dulu-dulu.
oh cantiknya pantai Stulang laut dulu!!!! ha-ha. aku pun nampak comel gitu.

Ini Siti Hajar. Sebelah dia Amir.

WKT 2013. Kereta serba boleh. eheh.







Dan selepas itu baru la kitorang bergerak ke KFC baru kat Stulang laut tu. Tapi malangnya, ayah punya handphone Samsung SII hilang di tempat kejadian.

Ayah kata ayah letak dalam kereta. Hajar kata hajar nampak atas meja tempat mama duduk.

Ayah jadi tak keruan, terus hilang selera makan. Kitorang adik-beradik pun tak lalu makan. Jadi kitorang tapau semua bawa balik rumah. :'(


Cantik!! sebab ada view laut dan singapura, ha-ha


Amir suka KFC!

Selepas kejadian, kitorang terus bertolak balik rumah. Petang tu after Zohor, aku, Iqa, dan Adin kitorang plan keluar tengok wayang. Jadi kitorang bertolak ke Jusco Tebrau City. Aku suka tengok wayang, suka sangat sangat! Kali ni kitorang tengok cerita Catching Fire; The Hunger Game.


Cerita pukul 4.55, kitorang beli baru pukul 3.30, so kitorang minum dulu!


Adin perasan kiss tgn Katniss Everdeen~

Ambil peluang bergambor




It's an honor meeting you too katniss! Gown yg dia pakai ni, wedding dress yang designer dia buatkan, kalo dia spin, gown ni terbakar dan jadi gown lain yg berkepak cam MockingJay :)
On da way back, Adin kata dia tak pernah minum Starbucks. So aku pun beli lah satu. Iqa tak suka kopi! haha. Rugi perempuan sorang ni. Adin kata sedap! 

Java Chip with cream

Adin kata takyah amik gambor ar, cam orang jakun. aku kata So what?.. haha

Pastu ingat nak pergi karaoke, tapi masing-masing penat, so kitorang pergi makan Bubur nasi yang popular kat Sentosa. Pastu kitorang terus balik. Isyak dan tidooooo.

Bubur Sentosa with side dishes! plus lala sambal and kerang sambal. Heaven heaven.




Monday, October 21, 2013

Apa itu Hijab?


Nah, sangat indah penjelesan tentang "Apa itu Hijab?"

"Belajar bagaimana cara memakai hijab yang diperintahkan oleh Allah,"

"Jilbab berfungsi sebagai pelindung bukan penghias. Semakin kita menghiasi diri kita, semakin kita berusaha menarik perhatian agar seluruh mata menuju ke arah kita, semakin kita menghilangkan essensi jilbab sebenarnya,"

"Hijab is modesty, hijab bukan penghias,"

Thanks for sharing this Oki Setiana Dewi