Malam itu juga ada sesi luah hati dengan ayah dan mama. Air mata mencurah-curah bagai air terjun yang tak pernah putus. Semua diluahkan, semua dijelaskan. Hal-hal yang diperkatakan orang lain terhadap aku.
Aku sedar, aku tak cukup sempurna. Orang punya mulut memang bukan tugas aku untuk menjaga. Ayah dan mama sangat faham dengan sikap ku yang terlalu sensitif, akhirnya memujuk dengan nasihat "Biar apa orang kata, biar orang nak buat apa, ayah dan mama syukur ada anak macam kakyan,"
Sebenarnya bukan itu yang ku tagihkan, cuma luahan hati pada mereka akan sikap beberapa orang 'terdekat' yang sangat menikam hati.
Betul, apa yang mama dan ayah kata semua betul. Memang balasan Allah sahaja yang kita dambakan, Insya Allah. Oh, tuhan, ampuni aku yang suka menganiaya diri sendiri.
Perkara yang berlaku seperti ini, sering kali menjatuhkan 'self esteem' aku. Buat aku benci pada diri sendiri. Buat aku tidak keruan dan tidak percaya pada diri sendiri. Semua gara-gara termakan kata-kata orang. Masya Allah. Aku perlu berubah.
"Yarjuna Rahmatahu Wayakhofuna Adzaba," = Mengharapkan redha-Nya Allah, dan takut akan azab-Nya.
"Make peace with the people in your life--even if it means swallowing your pride." Yasmin Mogahed
Yasmin Mogahed ni macam tahu-tahu je apa yang bergelumang dalam benak aku. Nasihatnya kena dengan tema.
So I let things be. I put my ego and feelings aside.. I went to the kitchen and cook. It's very true indeed, cooking is very therapeutic for some people. Like what Kak Fynn Jamal said, "Cooking is my therapy,"
So, I looked up in my favorite Insta's cooking site ever #resipirumahkokping , and I decided to go with 'Sambal Telor Ceplok'
Tadaaaa;
'Telor ceplok', easy,simple but marvelous.. kudos to #resipirumahkokping |
very simple; (sesuai untuk orang bujang)
I write the recipe down for you (for me actually teehee, so that I'll always remember). I copied this down from Kak Fynn okayyy;
1) cili kering segenggam padu.
2) belacan
3) bawang besar selabu
4) bawang putih 4 ulas
5) halia seinci
blend semua
tumis sampai garing
masukkan bawang besar selabu yang dicincang dadu, kalau nak potong tiga segi pun xpe. tapi macam susah pulak. masukkan serai dalam 2 batang yang dihiris. daun limau ikut keselesaan.
agak2 da garing tumisan tu, dah layu bawang dadu tadi-- masukkan air rebusan dagin sampai dapat konsistensi yang korang suka. pekat ke cair ke. seeloknya pekat2 cair la.
cair sgt tak sedap-- kak fynn cakap.. kalau cair baik masak singgang.. heheee
takde air rebusan dagng?xpe. pakai stok ayam. cthnye, stok ayam knorr
last sekali, season to taste.
then boleh curah atas siakap ke kembung ke talapia ke..
kalau nak jadikan sambal telor-- masa tengah panas tu, pecah telur, biar masak dlm sambal. PERGH.
ok babai. (Kak Fynn)
--------------------------------------------
Then kitorang adikberadik makan reramai sambil tengok #TheVoice kat AXN.. :)
Habis makan nasi, aku potong pelam epal yang banyak kat dapur tu. Kitorang tengok tv penuh riang.
Pelam epal, aku potong gaya chef2 kat Food network tu selalu buat.. haha |
Betul, memasak itu memang terapi sebab time aku masak, aku tak ingat semua benda2 negatif tu. :')
Patutla jadi isteri itu sangat mulia.. Diorang boleh lupakan segala-galanya demi suami dan anak-anak. Dan Allah Maha Mulia sebab memuliakan perempuan dan meninggikan darjat perempuan. Thank you Allah.
No comments:
Post a Comment