Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh wa marghfiratuh~
Seperti tahun-tahun sebelum, tahun ni Cinta Alam Malaysia (CAM) 2013 diadakan di tepi pantai. Tahun ni CAM buat kat Titian Indah Resort, Teluk Sepang~
Apa itu CAM? Cinta Alam Malaysia ni program yang dianjurkan oleh Persatuan Bakti Muslim Johor (PBMJB). Suatu program tahunan, di mana majlis ilmu dengan curahan nasihat-nasihat yang dibukukan disertakan dengan aktiviti perkhemahan. Biasanya CAM diadakan di kawasan-kawasan seperti tepian pantai atau pergunungan. :)
Tapi sebelum-sebelum ni, aku tak pernah lagi post anything about CAM. Maybe sebab CAM tahun ni meriah sikit, tu yg semangat skit nak post kat belog.. keh keh..
![]() |
sesungguhnya bukan aku yg drive.. hehe :) |
Acara CAM bermula pada waktu malam; kitorang sampai tempat tu dalam pukul 2.30pm lepas singgah Kolej Professional Mara Bandar Penawar ambil Adin untuk join acara CAM sekali :)
Sampai je kat tempat tu, kitorang adik-beradik terus terjun ke laut after menyelesaikan solat Zohor secara berjemaah. Seriously, cuaca bagai menyebelahi kitorang.. pas siap-siap apply sun-screen lotion apa semua, kitorang pun keceburrrr dalam laut.. :) Laut nya sangat cetek, airnya bersih, dan ombak pun takde la kuat sangat hehe.. so enkorang yang nak picnic kat tepi laut boleh lah datang sini. BEST~~
Dalam CAM, semua peserta dikehendaki tidur di dalam khemah. Bilik-bilik disediakan untuk menyimpan barang dan untuk mandi. Acara utama ialah mendengar siraman nasihat-nasihat di tenda utama dalam suasana alam sekitar yang semula jadi. Jadi panas hujan ribut, kitorang kena belajar menyesuaikan diri.
![]() |
Team khemah!~ |
![]() |
Gambar ni je yg ada.. lupa lak nak amek gambar laut.. hihi |
![]() |
Ni gambar peserta-peserta :) Gambar di-edit oleh iqa.. |
![]() |
Ini-lah penyampai-penyampai dalam program CAM ni Choirul Abdillah dan Ahmad Faisol Firdaus |
![]() |
Gambar sebelum pulang, baru pas hujan berhenti |
![]() |
Nisa; sebahagian ada yang sudah pulang.. |
![]() |
Amir dan ayah |
![]() |
nak tak nak je bergambor :) |
Jumpa lagi CAM tahun hadapan! :)
No comments:
Post a Comment