Friday, October 18, 2013

Kali ini pasal wayar/kabel usb pulak.. suka hati kau lah luncai..

Jeng jeng jeng.. *suspen*

babak hari ni..
"mana wayar aku kat sini?" A
"eh,mana wayar kat sini?" B
"wayar aku mana?"A
"mana orang tau.. bagi la wayar tu balik?!" B
"ah, wayar aku mana?" A
"orang tak tahu la! bukan orang yang ambik! Bagi la wayar tuuuuu!" B

makin lama nada makin tinggi.. makin lama muka makin bengis..

aku tengokkan aje perangai diorang ni..

makin lama makin rimas..

Bila ntah nak berubah..

-------------------------------------------

Kadang-kadang aku cemburu lihat mereka. Oh bahagia nya. Si ayah, si ibu, si anak, si anak menantu, si cucu.. dan dot dot dot..

tapi aku sedar, ini semua sementara, lain orang lain ujian yang diberi.

lain orang, lain ragam.

mesti kau akan kata, alah kecik punya hal pun nak kecoh.. kau tak ada di tempat kejadian, kalau kau ada tadi, pasti kau pun rasa apa yang aku rasa. Dan pasti tindakan kau lebih drastik daripada aku, sebab aku kenal kau.

:')

Thursday, October 17, 2013

Jari ku terpotong tadi..

haha.. okay 1 gambar 2 cerita,
ini cerita no 2..
melihat jari yg terluka tu.. selalunya pasti jari hantu yang terkena..
jari hantu tu ibarat abang sulung/ kakak sulung.. yg paling tinggi, yg paling besar.. melindungi yang lain..
sekian :)

Terpotong jari ku..



alaaaa.. luka sikit je..
hihi tapi sakit ya amat..

tengah dengan Adin syok hiris daging untuk diperap dan kemudian digril mlm nanti, terpotong jari pulak.. isk2

pedih bila kena air.. jadi kita balut la untuk avoid daripada pedih yg berpanjangan..

bila tengok dan rasa kepedihan ni.. secara automatik teringat kat mama..

penat lelah pedih sakit.. still jugal memasak untuk kita.. untuk suami dan anak-anak..

so jangan la asyik complain je.. masak tak sedap la.. kurang itu la.. lebih ini la..
terima seadanya.. kalau nak tegur pun, tegur cara baik maha baik.. sebab dia ibu kita, isteri kita.. bukan kuli.. bukan hamba..

amboi, emo entri aku kali ni..

nak jugak selitkan kisah Rasul kita, Rasulullah S.A.W kalau tak.suka kan sesuatu makanan, baginda akan ketepikan tanpa banyak bicara yang boleh menyakiti hati yang memasak.

p/s- amek yg jernih, buang yang keruh..  :D

Tuesday, October 1, 2013

Cinta Alam Malaysia 2013

Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh wa marghfiratuh~

Seperti tahun-tahun sebelum, tahun ni Cinta Alam Malaysia (CAM) 2013 diadakan di tepi pantai. Tahun ni CAM buat kat Titian Indah Resort, Teluk Sepang~
Apa itu CAM? Cinta Alam Malaysia ni program yang dianjurkan oleh Persatuan Bakti Muslim Johor (PBMJB). Suatu program tahunan, di mana majlis ilmu dengan curahan nasihat-nasihat yang dibukukan disertakan dengan aktiviti perkhemahan. Biasanya CAM diadakan di kawasan-kawasan seperti tepian pantai atau pergunungan. :)
Tapi sebelum-sebelum ni, aku tak pernah lagi post anything about CAM. Maybe sebab CAM tahun ni meriah sikit, tu yg semangat skit nak post kat belog.. keh keh..

sesungguhnya bukan aku yg drive.. hehe :)

Acara CAM bermula pada waktu malam; kitorang sampai tempat tu dalam pukul 2.30pm lepas singgah Kolej Professional Mara Bandar Penawar ambil Adin untuk join acara CAM sekali :)

Sampai je kat tempat tu, kitorang adik-beradik terus terjun ke laut after menyelesaikan solat Zohor secara berjemaah. Seriously, cuaca bagai menyebelahi kitorang.. pas siap-siap apply sun-screen lotion apa semua, kitorang pun keceburrrr dalam laut.. :) Laut nya sangat cetek, airnya bersih, dan ombak pun takde la kuat sangat hehe.. so enkorang yang nak picnic kat tepi laut boleh lah datang sini. BEST~~

Dalam CAM, semua peserta dikehendaki tidur di dalam khemah. Bilik-bilik disediakan untuk menyimpan barang dan untuk mandi. Acara utama ialah mendengar siraman nasihat-nasihat di tenda utama dalam suasana alam sekitar yang semula jadi. Jadi panas hujan ribut, kitorang kena belajar menyesuaikan diri. 

Team khemah!~
Gambar ni je yg ada.. lupa lak nak amek gambar laut.. hihi
Ni gambar peserta-peserta :)
Gambar di-edit oleh iqa..

Ini-lah penyampai-penyampai dalam program CAM ni
Choirul Abdillah dan Ahmad Faisol Firdaus
Gambar sebelum pulang, baru pas hujan berhenti

Nisa; sebahagian ada yang sudah pulang..

Amir dan ayah

nak tak nak je bergambor :)

 Jumpa lagi CAM tahun hadapan! :)



Tuesday, September 24, 2013

K-drama 2 Weeks

Sekian lama tak tengok project Lee Joong Ki, kali ni dapat tengok K-drama 2 Weeks.. So far drama ni dah ada 14 episode, tapi aku baru tengok 7 episode.. Total episode, 20 episodes :)
Heroin drama ni serious aku tak kenal.. Tapi heroin nyer cute..
Then ada pelakon kenit yg comel niyyy.. nama dia pun sumpah aku tak tahu.. tapi dia lah reason utama aku tengok drama ni..
So, aku rasa nak buat homework dulu baru buat post baru pasal K-drama 2 Weeks ni.. Daaaa~ >_<
Appa! :)

Jodoh Pasti Bertemu ................bak kata Afgansyah Reza

Tetiba lagu Afgansyah Reza yang berjudul "Jodoh pasti Bertemu," ke-udara time aku tune-in ERAFM semalam.. tetiba okehh.. mcm ada jodoh.. *eceh*

Lirik dia menarik, 
apa yang cuba disampaikan dalam lagu yang dimuatkan dalam album beliau "Live to love, Love to Live" itu membawa maksud yang simple dan mendalam.. <---- haha="" tulis-macam-wartawan-sensasi="" xd="">

Dia cerita pasal apa?? So, let's check it out; >__<

"JODOH PASTI BERTEMU"
by; Afgansyah Reza

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya


Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu


Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya


Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu


Jika aku (jika aku) bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu


(jika aku bukan jalanmu)
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

*tamat*


alaaa, saper tak kenal Afgansyah Reza kannn?

Monday, September 23, 2013

Soalannya; Bolehkah anda menerima saya yang tak seberapa ni, seadanya? *eceh*

Wah.. Bukan perkara kecik tu~

Tak tergerak pun hati ini nak berumah-tangga lagi..

Tapi umur bukan semakin muda.. 

Usia bukan boleh berhenti walau kita ujar "weii aku tak sedia lagi laa,"

Tapi pujuk hati sendiri, masih ada masa untuk berdoa supaya diberikan yang terbaik.

Masih ada masa untuk "mensolehahkan" diri untuk dapat pasangan yang setimpal..

Insya Allah..

Pertemuan singkat yang tak dijangka, nama pun tak tahu.. Masya Allah~


Mama dan ayah kelihatan sangat bimbang, kali pertama buat mereka juga. :) (tak apa, kakyan kan ada~)

p/s: Ibu si dia baik.. :)

Soalannya; Bolehkah anda menerima saya yang tak seberapa ni, seadanya? *eceh*

Sunday, September 22, 2013

Sekian lama tak update.. ~sekian :)

Assalamualaikum warahmatullohi wabarakatuh wa marghfiratuh (Jangan lupa jawab, rugi, tak dapat pahala nanti)

Lama gila tak update blog buat tatapan dan renungan diri sendiri ni. :)

Seriously sejak dah masuk alam bekerjaya ni, memang tak pernah update. Kalau update pun setakat masukkan "phrases" yang best di"copy paste" ..TEEHEE

First of all, nak update pasal cerita korea yang dicintai dan disayangi lah~ hik3 .Dalam kesibukan bekerja (eceh sibuk la sangat) sempat lagi mengikuti drama-drama korea yang memang tak ada surutnya ni.

Baru-baru ni ada dapat tengok k-drama The Greatest Love.. (cerita lama, haritu cari link nak tengok online tak jumpa, nasib baik adik dah copy dari DVD kaklong Izzah!)

The main cast.. :)
Cha Seung Won and Go Hye Jin
Diorang romatik giler.. huhu.. *nanges*

The Greatest Love best~~ Fall in love with Cha Seung Won over and over again.. Pastu heroin dia sumpah tak annoying.. Go Hye Jin (heroin K-drama Pasta 2010). Jalan cerita tak heavy.. Romantic-comedy..

Then layan K-drama apa ek???? hmmm oh, K-drama I Miss You..
Okay, ada sebab kenapa I baru layan cerita ni, sebab utama ialah heroin dia tuuuu si Eun-Hye, (entah kenapa dengki sgt dengan dia ni..kkkk) mungkin sebab dia tak datang-datang Running-Man lagi sampai sekarang.. then sebab utama nak tengok cerita ini ialah kerana Si Kembar So Ji Sub aka YOO SEUNG HO.. hensem okay, hensem! keut~

Taraaaa.. uri Seung-hoo
Tak adil lah letak gambar Seung Ho sorang kannnn.. Nah, amik :)
And of course la, the hero and heroin..
Miss Eun Hye and Micky Yoochun

Okay, sebenarnya banyak lagi nak update ni, tapi adik baru balik keje, nak pi masakkan dia dwenjang-jigae-ala2-korea-tapi-aku-alter-ikut-rasa-yg-aku-suka.. hahaaaaa.. k bye :)

Wednesday, September 4, 2013

I love the man who..

I love the man who can smile in trouble,
gather strenght from distress,
and grow brave by reflection.

-Thomas Paine

Friday, March 29, 2013

..you used to lie so close to me..

*'Just Give Me A Reason' - P!nk ft Ruess playing..

..you used to lie so close to me..

no one ever made me feel that safe like you did..

you're so sweet.. even though most of the time I know you just teasin'