Kudos to Necrose |
"Better to write for yourself and have no public... than to write for the public and have no self," Cyril Connoly
Tuesday, October 22, 2013
Monday, October 21, 2013
Apa itu Hijab?
Nah, sangat indah penjelesan tentang "Apa itu Hijab?"
"Belajar bagaimana cara memakai hijab yang diperintahkan oleh Allah,"
"Jilbab berfungsi sebagai pelindung bukan penghias. Semakin kita menghiasi diri kita, semakin kita berusaha menarik perhatian agar seluruh mata menuju ke arah kita, semakin kita menghilangkan essensi jilbab sebenarnya,"
"Hijab is modesty, hijab bukan penghias,"
Thanks for sharing this Oki Setiana Dewi
Change so that Allah will love you
"Make peace with the people in your life--even if it means swallowing your pride." Yasmin Mogahed
'Telor ceplok', easy,simple but marvelous.. kudos to #resipirumahkokping |
Pelam epal, aku potong gaya chef2 kat Food network tu selalu buat.. haha |
Friday, October 18, 2013
Kali ini pasal wayar/kabel usb pulak.. suka hati kau lah luncai..
Jeng jeng jeng.. *suspen*
babak hari ni..
"mana wayar aku kat sini?" A
"eh,mana wayar kat sini?" B
"wayar aku mana?"A
"mana orang tau.. bagi la wayar tu balik?!" B
"ah, wayar aku mana?" A
"orang tak tahu la! bukan orang yang ambik! Bagi la wayar tuuuuu!" B
makin lama nada makin tinggi.. makin lama muka makin bengis..
aku tengokkan aje perangai diorang ni..
makin lama makin rimas..
Bila ntah nak berubah..
-------------------------------------------
Kadang-kadang aku cemburu lihat mereka. Oh bahagia nya. Si ayah, si ibu, si anak, si anak menantu, si cucu.. dan dot dot dot..
tapi aku sedar, ini semua sementara, lain orang lain ujian yang diberi.
lain orang, lain ragam.
mesti kau akan kata, alah kecik punya hal pun nak kecoh.. kau tak ada di tempat kejadian, kalau kau ada tadi, pasti kau pun rasa apa yang aku rasa. Dan pasti tindakan kau lebih drastik daripada aku, sebab aku kenal kau.
:')
Thursday, October 17, 2013
Jari ku terpotong tadi..
ini cerita no 2..
melihat jari yg terluka tu.. selalunya pasti jari hantu yang terkena..
jari hantu tu ibarat abang sulung/ kakak sulung.. yg paling tinggi, yg paling besar.. melindungi yang lain..
sekian :)
Terpotong jari ku..
alaaaa.. luka sikit je..
hihi tapi sakit ya amat..
tengah dengan Adin syok hiris daging untuk diperap dan kemudian digril mlm nanti, terpotong jari pulak.. isk2
pedih bila kena air.. jadi kita balut la untuk avoid daripada pedih yg berpanjangan..
bila tengok dan rasa kepedihan ni.. secara automatik teringat kat mama..
penat lelah pedih sakit.. still jugal memasak untuk kita.. untuk suami dan anak-anak..
so jangan la asyik complain je.. masak tak sedap la.. kurang itu la.. lebih ini la..
terima seadanya.. kalau nak tegur pun, tegur cara baik maha baik.. sebab dia ibu kita, isteri kita.. bukan kuli.. bukan hamba..
amboi, emo entri aku kali ni..
nak jugak selitkan kisah Rasul kita, Rasulullah S.A.W kalau tak.suka kan sesuatu makanan, baginda akan ketepikan tanpa banyak bicara yang boleh menyakiti hati yang memasak.
p/s- amek yg jernih, buang yang keruh.. :D
Tuesday, October 1, 2013
Cinta Alam Malaysia 2013
Apa itu CAM? Cinta Alam Malaysia ni program yang dianjurkan oleh Persatuan Bakti Muslim Johor (PBMJB). Suatu program tahunan, di mana majlis ilmu dengan curahan nasihat-nasihat yang dibukukan disertakan dengan aktiviti perkhemahan. Biasanya CAM diadakan di kawasan-kawasan seperti tepian pantai atau pergunungan. :)
sesungguhnya bukan aku yg drive.. hehe :) |
Acara CAM bermula pada waktu malam; kitorang sampai tempat tu dalam pukul 2.30pm lepas singgah Kolej Professional Mara Bandar Penawar ambil Adin untuk join acara CAM sekali :)
Sampai je kat tempat tu, kitorang adik-beradik terus terjun ke laut after menyelesaikan solat Zohor secara berjemaah. Seriously, cuaca bagai menyebelahi kitorang.. pas siap-siap apply sun-screen lotion apa semua, kitorang pun keceburrrr dalam laut.. :) Laut nya sangat cetek, airnya bersih, dan ombak pun takde la kuat sangat hehe.. so enkorang yang nak picnic kat tepi laut boleh lah datang sini. BEST~~
Dalam CAM, semua peserta dikehendaki tidur di dalam khemah. Bilik-bilik disediakan untuk menyimpan barang dan untuk mandi. Acara utama ialah mendengar siraman nasihat-nasihat di tenda utama dalam suasana alam sekitar yang semula jadi. Jadi panas hujan ribut, kitorang kena belajar menyesuaikan diri.
Team khemah!~ |
Gambar ni je yg ada.. lupa lak nak amek gambar laut.. hihi |
Ni gambar peserta-peserta :) Gambar di-edit oleh iqa.. |
Ini-lah penyampai-penyampai dalam program CAM ni Choirul Abdillah dan Ahmad Faisol Firdaus |
Gambar sebelum pulang, baru pas hujan berhenti |
Nisa; sebahagian ada yang sudah pulang.. |
Amir dan ayah |
nak tak nak je bergambor :) |