Tuesday, October 1, 2013

Cinta Alam Malaysia 2013

Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh wa marghfiratuh~

Seperti tahun-tahun sebelum, tahun ni Cinta Alam Malaysia (CAM) 2013 diadakan di tepi pantai. Tahun ni CAM buat kat Titian Indah Resort, Teluk Sepang~
Apa itu CAM? Cinta Alam Malaysia ni program yang dianjurkan oleh Persatuan Bakti Muslim Johor (PBMJB). Suatu program tahunan, di mana majlis ilmu dengan curahan nasihat-nasihat yang dibukukan disertakan dengan aktiviti perkhemahan. Biasanya CAM diadakan di kawasan-kawasan seperti tepian pantai atau pergunungan. :)
Tapi sebelum-sebelum ni, aku tak pernah lagi post anything about CAM. Maybe sebab CAM tahun ni meriah sikit, tu yg semangat skit nak post kat belog.. keh keh..

sesungguhnya bukan aku yg drive.. hehe :)

Acara CAM bermula pada waktu malam; kitorang sampai tempat tu dalam pukul 2.30pm lepas singgah Kolej Professional Mara Bandar Penawar ambil Adin untuk join acara CAM sekali :)

Sampai je kat tempat tu, kitorang adik-beradik terus terjun ke laut after menyelesaikan solat Zohor secara berjemaah. Seriously, cuaca bagai menyebelahi kitorang.. pas siap-siap apply sun-screen lotion apa semua, kitorang pun keceburrrr dalam laut.. :) Laut nya sangat cetek, airnya bersih, dan ombak pun takde la kuat sangat hehe.. so enkorang yang nak picnic kat tepi laut boleh lah datang sini. BEST~~

Dalam CAM, semua peserta dikehendaki tidur di dalam khemah. Bilik-bilik disediakan untuk menyimpan barang dan untuk mandi. Acara utama ialah mendengar siraman nasihat-nasihat di tenda utama dalam suasana alam sekitar yang semula jadi. Jadi panas hujan ribut, kitorang kena belajar menyesuaikan diri. 

Team khemah!~
Gambar ni je yg ada.. lupa lak nak amek gambar laut.. hihi
Ni gambar peserta-peserta :)
Gambar di-edit oleh iqa..

Ini-lah penyampai-penyampai dalam program CAM ni
Choirul Abdillah dan Ahmad Faisol Firdaus
Gambar sebelum pulang, baru pas hujan berhenti

Nisa; sebahagian ada yang sudah pulang..

Amir dan ayah

nak tak nak je bergambor :)

 Jumpa lagi CAM tahun hadapan! :)