Sunday, January 30, 2011

Amir, where's Adin?

"Amir mana Abang Adin?," aku bertanya dengan si kecil yg sedang kusyuk bermain dengan penyikat rambut.

"Adin gi KL...dia dah tak duduk rumah mama dah..." ngomel amir yang masih kusyuk bermain dengan penyikat rambut. Aku hanya tertawa kecil mendengar penjelasannya :))))

"Mama, nape Adin tak nak duduk rumah mama?,"

"Adin, nape adin tak nak duduk rumah mama?,"

Bertalu-talu soalan si kecil tapi Adin selamba saja tak mahu melayan. Si kecil dibiar tanpa jawapan.

Sebenarnya Adin duduk di hostel tempat dia bekerja. Tak jauh pun dari Pasir Gudang. Mama kata tempat kerja berdekatan dengan Jaya Jusco Tebrau.

Alhamdulillah, Adin sudah mula mahu belajar hidup berdikari. Sejak tamat alam persekolahan ni, dia sudah mula bekerja untuk simpan duit untuk menyambung pelajarannya nanti. Tambahan pula, kalau dari awal dia belajar untuk hidup di hostel, nanti pasti dia sudah tahu bagaimana untuk menyesuaikan diri di tempat orang. :))))

Alhamdulillah, Adin always made me feel proud~

Rindu pula dekat Apiz. Entah bila aku dapat menziarahinya di Terengganu... hmm, tunggula ye apiz. Insyaallah nanti kakanda mu akan ke sana juga :)))

No comments: