Sunday, August 1, 2010

Shima ~ Luka di lukai

Shima
Luka Dilukai

Kanan dan kiri
Cuba berlari
Masih ku dihujani
Tohmah dan caci

Jangan sekali
Aku diletak ke bawah
Hanya kerana jalan
Hidup yang susah

Tak siapa di antara
Kita di dunia
Memilih jalan hidup
Yang derita

Aku sering dipersenda
dan sering dikecewa
Oleh hati mereka
Yang tak punya rasa

Ingin ku mengecap bahagia
Padamu kasih yang menjanjikan setia
Namun belum sempat kumerasa
Mimpi yang dibina
Hati mudah berdarah semula
kerana dustanya....

Terhempas lagi
Sekian kali
Luka yang dilukai menguji diri
Namun begitu
Aku tabahkan semangat
Biar waktu merawat
Segalanya...

No comments: